23 Jul 2015

Low Pressure Air Pipe Sudah Menjadi Perkara Biasa sejak 15 Tahun Lalu

Tahun ini 2015, kemudahan asas air bersih yang disalurkan ke rumah telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memenuhi keperluan asas penduduk di kampung tian. 

Zaman kanak-kanak aku cukup beruntung kerana aku sempat berdayung sampan ke hulu sungai untuk mengambil air bersih menggunakan galen. Waktu itu aku cuma tahu air itu adalah air untuk diminum kerana untuk mandi depan rumah ada sungai air nya jernih. 

Sehinggalah kerajaan membina Water Treatment Plant khas untuk Kampung aku. Sejak air paip sudah ada disalurkan ke rumah-rumah tekanan air nya sungguh kuat membuatkan kehidupan penduduk di kampung berubah. Tidak perlu berdayung sampan ke hulu sungai untuk mengambil air menggunakan galen. 

Saban hari sehinggalah ke hari ini tekanan air paip semakin lemah sehinggakan sejak 15 tahun yang lalu sering berlaku tidak ada air, kadang-kadang air yang keluar dari paip sebesar ekor tikus, warna air yang kuning kecoklatan dan seolah-olah berlaku kemarau sepanjang tahun.

Aku juga sudah 10 tahun tidak ada dikampung hanya waktu lebaran dan hari tertentu sahaja aku balik kampung, hendak mandi pun kena takung air malam dan mandi besoknya hanya cukup untuk 2 orang. belum lagi bila kita nak buang air besar. 

Lebih-lebih lagi adik aku sudah bekeluarga mereka terpaksa membeli air mineral berkotak-kotak untuk membuat air susu anak memandangkan keadaan air semakin teruk. Penapis air ELKEN, COSWAY, PANASONIC dan Macam macam jenama telah dibelanjakan untuk menjamin kesihatan namun rosak kerana kualiti air yang kurang memuaskan.

Pernah tahun 2014, Pihak JKR HQ kuching pernah memberitahu aku menyatakan bahawa Tangki Air di Kampung Jemoring akan siap dibina dan boleh menyalurkan air bersih sebelum aidilfitri 2014. Berita gembira ini mengubati sengsara sekian lama. Namun ini semua hanyalah Sandiwara. 

2015, Kami terpaksa menunggu giliran mandi pagi dengan menakong air sehingga penuh baru nak mandi. Belum lagi nak mencuci pakaian sampai 3 jam. berbasuh pinggan mangkuk mengambil masa sejam. Bencana apa kah ini?.

aku mengambil initiative untuk menyoal siasat jiran tertangga tentang air paip rumah mereka samada tekanan air nya slow atau kuat. Jawapan yang sama diterima. mereka bukan jenis manusia yang melenting, mereka tetap bersabar dan menerima apa sahaja keadaan air. Namun bagi aku kehidupan menerima air yang slow pressure bukan lah selesa. 

aku berharap pihak berwajib harus betanggungjawab.

11 Jul 2015

Jenis Jiran

Hari ini aku nak cerita pasal jiran. Jiran ni macam-macam jenis perangai yang boleh menyebabkan kesabaran kita teruji.

1. Jiran Muka Masam
Jiran muka masam 24 nie memang membuat kita rasa tidak selesa. dia bercakap pun muka masam pada hakikatnya dia adalah normal.dia nak senyum pun sama juga muka tetap masam.

2. Jiran Pesan Guna Air Liur
Mesti ramai pernah ada jiran jenis kalau pesan guna air liur, kalau kita nak bercuti keluar negara macam-macam kiriman guna air liur. Mengalahkan kita hendak bercuti. Tapi bila diaorg pulak bercuti tak ada nak bagitau kita nak pesan apa.

3. Jiran Harta ku Juga
Jiran harta ku juga ni jiran yang mengambil kesempatan untuk menggunakan harta kita. sebab kita ambil tak kisah tetapi kadang-kadang kita kesah lah juga. Kalau dah selalu sangat guna mestilah kita rasa meradang. contohnya guna penyapu diluar pintu rumah kita dengan selamba ambik guna lepas tu tak pulang-pulang. kalau kita cari baru ada datang kembali.

4. Jirang Siapa Besar
Wah jenis ini mesti best hahahaha kalau kita beli sesuatu contohnya peti ais mesti mereka nak beli juga. Kalau kita beli baju mesti nak beli juga. kalau jiran datang ke rumah kadang-kadang siap tanya kita berapa ribu harga kerusi tu. beli kat mana. lepas tu kompom ada lori hantar kerusi lepas dia balik dari rumah kita.

5. Jiran Kebio
Jiran kebio atau lebih senonim dengan kuat cemburu. Contohnya kalau jiran yang satu lagi beli kereta. Mulalah si jiran ni kebio bawa mulut ke jiran lain siap kata. Ala mereka tak tahu ke kalau pakai kereta ni menyusahkan. Belum lagi belanja minyak, services, bayaran bulanan dan sebagainya. Mereka ni sebenarnya terasa tergugat, sebab lihat jiran nya mampu beli kereta walaupun lambat sedikit hendak memiiliki nya. 

10 Jul 2015

Bukan puting beliung di Miri

Miri: Gambar fenomena puting beliung yang tersebar di laman sosial sejak petang tadi bukan berlaku di Miri seperti yang didakwa segelintir pengguna laman sosial.

Ketua Bomba Zon Miri, Law Poh Kiong, menafikan berlaku puting beliung di kawasan Miri seperti yang tersebar di laman sosial, sebaliknya difahamkan berlaku di Brunei.

"Saya tahu gambar itu sudah tersebar di laman sosial dan tidak tahu apa niat si penyebar berita kerana ia hanya menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.


"Bagaimanapun, angin kencang dan hujan lebat memang melanda bandar raya ini petang tadi," katanya.

Angin kencang dan hujan lebat yang berlaku lebih sejam antara 2 hingga 3.30 petang di bandar raya itu mengakibatkan pokok tumbang di kawasan Holiday Park, Servay Jaya dan Bakam. Namun tiada sebarang tidak diingini berlaku.

Katanya, selain beberapa pokok tumbang di lokasi kejadian, ada beberapa bumbung bangunan yang diterbangkan angin, termasuk atap jejantas pejalan kaki di sekitar bandar raya ini tetapi kejadian tidak serius.

"Setakat ini, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

"Keadaan terkawal dan saya mengingatkan orang awam tidak percaya membuta tuli dengan penyebaran gambar mengenai kejadian ini di Internet, sebaliknya berhubung dengan pihak berkuasa terlebih dahulu supaya tidak menimbulkan situasi panik," katanya.

Harian Metro difahamkan, di Kampung Punah, Lawas, beberapa rumah penduduk terjejas apabila atap rumah mereka diterbangkan angin dan pokok tumbangm ketika ribut melanda kawasan berkenaan, petang semalam.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2015 @ 10:56 PM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...