4 May 2014

KAMPUNG TANPA WAYAR (KTW)

Sesuai sangat lah aku guna FONT bersaiz Besar, Biar mereka nampak tahap kemarahan kita ka..

tajuk entri aku Kampung Tanpa Wayar hebat kan. seluruh kampung dapat menenet. free.. hahahah tapi korang tahu ke apa tu kampung tanpa wayar?

usaha kerajaan mewujudkan KTW adalah terbaik dimuka bumi ini. Tiada negara di dunia ini prihatin dengan rakyat,kecuali Malaysia

tetapi sejauh mana kerajaan menyediakan internet untuk rakyat?? adakah sekadar suka suka, adakah ingin dipuji, adakah sekadar untuk menunjuk nunjuk, atau sekadar perhiasan untuk menunjukkan besarnya parabola...

Coverage internet KTW adalah luas terbentang... tetapi kenapa saya hairan depan rumah saya ada remaja2 bawa laptop duduk duduk.. saya tanya kenapa tak buka di rumah... SlOW... wow... slow hahahah pemacar tu depan rumah saya jer....memang buat perhiasan lah nie.. nak tunjukkan kehebatan ... tapi tak sehebat mana pun...

lepas tu saya cuba coooooonek tpi tak dapat...

what next.... so buang duit

HENTIKAN BUDAYA SURUH MURID SEKOLAH MINTA DERMA

Hari ahad aku terganggu

ada seorang budak sekolah menengah datang mengetuk pintu untuk meminta derma bagi aktiviti sekolah.

masih ada lagi ke budaya sekolah suruh pelajar minta derma dengan orang awam. saya rasa macam pelik. ini bukan zaman 80an ini zaman moden. dulu memanglah kekurangan dana terutama sekolah yang berada diluar bandar untuk menganjurkan aktiviti. mereka guna kaedah suruh budak sekolah minta derma.

budaya menderma ini bukanlah satu yang tidak bagus tetapi saya melihat daripada perspektif kenapa hendak suruh pelajar untuk meminta derma.

Pelajar adalah untuk belajar bukan untuk belajar bagaimana hendak minta derma. bagi saya Pengetua sekolah ini pemalas, tidak dapat memikirkan bagaimana hendak mendapatkan peruntukan untuk aktiviti. kalau tak ada duit kenapa hendak menganjurkan majlis.

bukan sekali atau dua kali, kesian juga saya melihat ibubapa dipejabat membawa kad derma dari meja ke meja bagi pihak anaknya untuk mendapat derma. adalah lebih baik Kalau pengetua sekolah memohon derma daripada golongan yang berada untuk meminta derma.

Saya cukup tidak setuju kalau budaya derma menderma ni suruh budak..

bye the way. Budaya ini seharus tidak perlu wujud lagi zaman skrg.. macam dalam cerita Labu Labi jew....

#wujudkan Subjek MARI MENDERMA.

aku peduli apa...sememang nya pengetua pemalas.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...