24 Nov 2013

Kad Pengenalan Palsu

Sejak kes pembunuhan pegawai bank Ambank oleh Pengawal Keselamatan warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu semuanya terbongkar banyaknya lambakan kad pengenalan palsu yang dimiliki oleh warga asing.

sehinggakan ada yang sudah memiliki akaun bank. Bab ini aku lucu dengan pihak bank. beberapa tahun lepas aku berurusan untuk mengantikan kad ATM Baru. disebabkan Kad Pengenalan aku tidak dapat di baca oleh alat pembaca kad pihak bank suruh aku  ganti kad pengenalan baru. nak ganti kad pengenalan baru bukan macam buat kad ATM 2jam siap dik oiiii. 1 bulan lama nya baru siap. bererti sebulan lagi ler aku nak ganti kad. sudahlah aku perlukan kad ATM. aku dah pujuk guna manual pun tak nak. alasan pegawai tu "Peralatan kami mahal" Tahi palat peralatan mahal. aku pelanggan ngok. duit aku dalam bank korang. takkan tak ada alternatif lain. berkeras juga minah tu dengan muka sombong tak nak.

dari pengalaman itu aku terfikir. Macam mana pihak bank boleh terlepas dapat register akaun pendatang asing menggunakan kad pengenalan paslu. sedangkan CAP IBU JARI dalam CIP Kad Pengenalan itu harus sama.

Kelemahan di pihak bank nampak tiada integriti sebagai agensi kewangan yang selamat tetapi sebenarnya tidak selamat.

Berbalik daripada itu, Pihak Kementerian yang berkenaan telah mula membuat satu gerakan besar-besaran untuk memeriksa semua pendatang asing yang bekerja di Malaysia. 

Ada juga mulut-mulut busuk dan bernanah menuding jari kepada pihak kerajaan punca sebenarnya masalah kad pengenalan paslu ini berlaku ada juga menyalah orang sabah beri kad pengenalan kepada orang asing, bukan hendak menyelesaikan masalah mengeruhkan keadaan lagi ada.

Mereka yang bermulut longkang dan berotak plastik ini suka bising seperti Tong kosong. hahahahah aku sebagai rakyat Malaysia berfikir secara waras harus mengorek sedalam-dalam kenapa masalah ini berlaku.

Daripada penglihatan aku bukan satu agensi sahaja yang perlu bertanggungjawab dalam menyelesai masalah ini. tetapi semua kita rakyat malaysia jadi apa guna kita tinggal di malaysia? kalau tidak mahu bersama-sama membasmi masalah ini.

yang aku hairan rakyat asing ini satu masalah juga. masuk negara orang tanpa dokumen sah. lepas tu perangai tak tahu malu dan buat macam negara sendiri.

What happen to all Malaysian people.... OMG mari kita bersatu padu bukan hendak menuding jari ke mana mana pihak. jadikan sebagai rakyat yang bertanggungjawab.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...