25 Aug 2015

'Asal murah, kecil tetapi banyakkan rumah mampu milik' - netizen

'Asal murah, kecil tetapi banyakkan rumah mampu milik' - netizen

KUALA LUMPUR: Harga rumah mampu milik seharusnya lebih rendah daripada harga yang sedia ada. Ini pendapat pembaca AstroAwani.com tentang kos rumah di Malaysia pada masa ini.

Seorang pengguna media sosial, Nabilah Juhari berpendapat harga rumah kos rendah sepatutnya bermula dengan harga RM50,000.

“Buat kecil-kecil tetapi banyak. Semua orang boleh beli. Rumah ini asas. Hakikatnya banyak pemaju yang kejar untung sahaja,” katanya.

Menurut Pit Ghodan harga rumah mampu milik sepatutnya terletak di median harga antara RM100,000 dan RM150,000.

“Jika seorang pekerja kerajaan kelulusan ijazah, itu sahaja rumah mampu milik. Sekarang projek perumahan semua bermula dari RM250,000 ke atas.

"Cuba tengok rumah di kawasan Kajang dan Bangi. Rumah teres berharga RM300,000 hingga RM500,000. Kalau di tengah bandaraya, tidak perlu tanya, ia berharga jutaan ringgit,” katanya.

Mohd Razali Hamzah turut bersetuju bahawa rumah berharga bawah dari RM100,000 tidak banyak.

“Mana mampu beli rumah kalau sudah sampai RM100,00 ke atas. Itu rumah paling murah dalam Malaysia. Kalau rumah bawah RM100,000 ada tetapi tidak banyak rakyat Malaysia mampu milik rumah,” kata Mohd Razali dalam satu catatan Facebook.

Seorang pembaca membuat perbandingan tentang harga rumah dalam tempoh 10 tahun, dimana beliau menyifatkat masih tidak berkemampuan untuk memiliki sebuah rumah walaupun gaji dua kali berlipat ganda.

“Sepuluh tahun dulu masa gaji RM3,000 – RM5,000 tidak mampu hendak beli rumah berharga RM150,000 – RM200,000 sekarang harga rumah RM600,000 lebih (dan lebih kecil) dan kalau gaji dua kali ganda, masih tidak mampu untuk milik,” kata Jauharatud Dinie AR.

Selain harga rumah yang tinggi di tengah-tengah bandar, Wawa Shauqi turut meluahkan kerisauan kerana ia banyak dimiliki oleh warga asing.

“Adakah adil melihat warga asing hidup mewah di tengah-tengah bandar (milik kita) sedangkan kita menjadi golongan yang membina kehidupan mewah untuk mereka?

“Generasi baru seperti saya hanya mampu beli rumah di kawasan-kawasan pendalaman jauh dari bandar. Akibatnya kos untuk ke tempat kerja jadi lebih mahal,” kata Wawa Shauqi.

Sementara itu, sentimen yang sama turut dikongsi di Twitter menerusi hashtag #TakMampu.




Satu kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendedahkan harga rumah di Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga ia tidak mampu dimiliki rakyat.


Ia dikira berdasarkan median harga rumah pada 4.4 kali berbanding median pendapatan tahunan isi rumah tahunan, lebih tinggi berbanding median antarabangsa bagi rumah mampu milik pada tiga kali pendapatan isi rumah tahunan.

Pengarah Urusannya Datuk Charon Mokhzani berkata polisi perumahan yang tertumpu kepada aspek permintaan perlu diubah kepada menyelesaikan aspek bekalan yang tidak efisyen. 

Dalam perkembangan lain, membangunkan semula flat lama milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) merupakan antara langkah dalam menyediakan 50,000 rumah mampu milik di ibu negara, yang menjadi iltizam Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

"DBKL telah meluluskan lebih kurang 25,000 rumah mampu milik dalam mencapai sasaran tersebut dan projek-projek ini sedang berjalan dengan lancar di seluruh ibu negara," katanya kepada Bernama dalam satu temubual baru-baru ini.

Macam mana nak kahwin kalau... - Syafinaz Selamat


KUALA LUMPUR: Jika bertemu Syafinaz Selamat, dua soalan klise yang sering diajukan ialah mengenai album terbaru serta perihal kahwin. 

Guru vokal dan pensyarah muzik ini mengakui dua persoalan itu terus bermain di fikiran namun kesibukan membataskannya. Selama 11 tahun beliau tiada album terbaharu. 

Malah, sejak beberapa tahun bertemunya, cerita album tak pernah lekang di mulut dan setiap kali ditanya Syafinaz menyasarkan albumnya akan keluar dalam jangka masa terdekat. 

Kali terakhir beliau muncul dengan album ialah pada 2002. Demikian juga dengan kisah kahwin. Di saat usianya kini, Syafinaz memang layak untuk dicintai dan mencintai tetapi jelas sekali beliau masih berstatus solo. 

Ikuti penjelasan penyanyi lagu Ingin Bersamamu ini. "Macam mana nak kahwin kalau hari-hari saya sibuk dengan komitmen kerja. 

Malah dek kesibukan ini juga, album saya terus tertunda. Album saya kini sudah selesai proses adunan. Tapi sesibuk manapun, saya kena pastikan tidur sekurang-kurangnya enam jam sehari. "Itupun kadang-kadang terbabas tidur lewat. 

Bukan kadang-kadang lagi balik rumah lewat, tapi sudah selalu pula jadinya. Kalau balik rumah dalam jam 2 ke 3 pagi itu normallah. Tapi tidur kena cukup walaupun sesibuk manapun saya kena jaga waktu tidur untuk kepentingan vokal," katanya dalam pertemuan yang diaturkan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini bertempat di Muzium Negara. 

Ketika temubual Syafinaz turut ditemani temannya yang juga konduktor koir , Amri Zane. Pada 20 dan 21 September ini Syafinaz akan terbabit dengan Konsert Koir Kebangsaan bertemakan klasikal di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, KL. Konsert ini anjuran JKKN dan Syafinaz turut bertindak sebagai Jurulatih Vokal, Pengarah Persembahan dan Vokal serta dibantu Pengarah Koir Kebangsaan, Tunku Marina Tunku Datuk Zubir. 

Konsert ini akan memaparkan repertoire dan segmen nyanyian lagu berlandaskan klasik seperti lagu asli Melayu, inang, joget, keroncong serta zapin, dan juga Klasik Barat terdiri daripada lagu dari era Renaissance hingga ke era romantik. 

"Konsert ini mengembalikan seni koir itu sendiri yang berasaskan klasikal. Koir Kebangssan sendiri bermula dengan klasikal. Konsert ini mahu penonton lebih menghargai suara dan bukannya membabitkan pergerakan seperti tarian berirama. "Selama ini kita sudah disogok dengan benda komersial yakni koir yang menyelitkan visual seperti pergerakan yakni tarian. 

Benar mungkin akan ramai yang lebih menghargai koir sedemikian berbanding klasikal yang lebih terarah kepada berdiri kaku atau sedikit pergerakan. "Kalau orang tak menghargai koir klasikal, kita tak ada inisiatif menghidupkannya semula. Umpamanya budaya akan terus pupus kalau kita berfikiran sebegitu. Kita harus sedarkan klasikal tidak boring dan kalau tepat pemilihan lagu, ia akan jadi berwarna serta menghiburkan," katanya bersemangat. 

Amri pula berkata konsert ini tidak wajar dilepaskan. "Ia berbalik kepada konsert asal koir yang lebih teknikal dan terarah kepada tumpuan penggunaan vokal seperti nada suara, keseimbangan dinamik. Kita juga mahu mengangkat irama tradisional di Malaysia dalam bentuk koir. "Ada persembahan solo, trio, kuartet dan beramai-ramai menerusi kumpulan kecil,"katanya. 

Syafinaz dan Amri menjelaskan konsert kali ini yang meneruskan kesinambungan konsert terdahulu yang dilaksanakan JKKN sejak tahun 2005 seperti Konsert Dir... Koir Kebangsaan Malaysia (2012), Konsert No Wrong Notes (2011) dan Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater & Filem (A Musical Journey of Theatre & Film) tidak akan menjemukan penonton yang hadir. 

Tiket menonton konsert ini boleh dibeli secara online di www.ticket2u.biz pada harga RM10, RM20 dan RM30. Diskaun turut akan diberikan kepada pelajar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU). 

Tiket juga boleh dibeli di Istana Budaya dengan menghubungi 03-41498600. Pihak Urusetia turut menyediakan khidmat pembelian tiket sebelum malam konsert berlangsung pada 21 dan 22 September ini di Auditorium DBKL bermula jam 4 petang. Syafinaz bersama Koir Kebangsaan Malaysia akan membuat persembahan di Auditorium DBKL pada 20 dan 21 September ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...