23 Aug 2015

Padah gila tatu

Zlatan Ibrahimovic (gambar) meraikan jaringan keduanya di Parc des Princes, Sabtu lalu dengan menanggalkan jersi Paris Saint-Germain yang mendedahkan nama 50 orang paling dekat dengan hatinya.

Carmen, Rahma, Antoine, Lida, Chheuy, Marki dan ramai lagi ditatu di tubuh penyerang itu sebagai kempen Program Makanan Dunia Bangsa-bangsa Bersatu.

“Inilah mereka yang tidak diraikan,” katanya menerusi sebuah video yang menarik perhatian lebih daripada 1.1 juta penyokong YouTube.

Disebabkan itu dia dilayangkan kad kuning oleh pengadil Franck Schneider dan terlepas perlawanan Ligue One dengan Monaco.

Jurulatih PSG, Laurent Blanc berkata: “Saya tahu mengenai projek itu tetapi bukan tatu. Saya tahu ada sesuatu yang dirancang pada akhir perlawanan. Itu saja.

“Dia menjaringkan gol, menanggalkan jersi dan dihukum. Bagus untuk mempromosi kempen itu tetapi ia menyebabkan kami dilayangkan kad kuning.”

MAKNA DI SEBALIK TATU IBRAHIMOVIC

- Pergelangan tangan kiri dan kanan: ‘Ibrahimovic Code’ tarikh lahir keluarganya. Pergelangan tangan kanan menunjukkan bila bapa, abang, adik lelaki dan dua anak lelakinya dilahirkan.

-Lengan kanan: Nama bapanya ‘Sefik’ dan dua anak lelakinya ‘Maximilian’ and ‘Vincent’.

-Lengan kiri: Tarikh lahir ibu dan kakaknya. Dia menggunakan tangan kanan untuk menulis mengenai lelaki kerana ia menunjukkan kekuatan dan lengan kiri untuk wanita yang dekat di hatinya.

-Perut kanan: Dua daun terup, ace of hearts dengan huruf ‘H’ dipercayai melambangkan tunangnya Helena Seger. Ace of clubs melambangkan spiritualiti.

-Kanan tubuh: Naga merah melambangkan personalitinya. Dalam masyarakat Jepun, naga melambangkan pahlawan.

-Kiri tubuh: ‘Only God Can Judge Me’

-Dada dan perut: 50 nama yang mewakili 805 juta penduduk yang kelaparan, antaranya ‘Antoine’, ‘Omar’ dan ‘Yovana’ untuk meningkatkan kesedaran mengenai penderitaan mereka seiring dengan Program Makanan Dunia.

-Lengan kiri: Nama ibunya ‘Jurka’

-Bahu kiri: Koi Jepun yang berenang melawan arus, simbol maskulin.

-Belakang badan (atas): Bulu pelepah helang, berasal dari Amerika Utara dan melambangkan kekuatan dan keberanian.

-Belakang kanan (atas): Yant Prajao Khao Nirote dari agama Buddha bagi perlindungan daripada penderitaan.

-Bahu kanan: Simbol suku kaum Maori untuk melindungi diri dan keluarganya.

-Belakang badan (kiri): Vitruvian Man hasil Leonardo Da Vinci melambangkan manusia sempurna.

-Belakang badan (tengah): Lukisan ‘Five Deva Faces Yantra’ - mewakili lima elemen.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Februari 2015 @ 10:49 AM


30 dipaksa baris sebelum dibunuh

Hit: Militan yang didakwa anggota Negara Islam (IS) memaksa 30 lelaki Sunni berbaris di sebuah bandar di barat Baghdad sebelum menembak mereka mati, pagi semalam.

Pegawai dan penduduk berkata, kejadian berlaku di bandar Hit di daerah Al-Bakir yang menjadi medan pertempuran sengit antara kumpulan itu dengan penduduk tempatan sejak beberapa minggu lalu.

Kebanyakan lelaki terbabit dipercayai pemimpin suku kaum tempatan yang bersekutu dengan kerajaan Iraq dan membantu melancarkan operasi anti-IS di bandar berkenaan.

Militan itu mulanya memaksa lelaki berkenaan berjalan sekitar bandar sambil mereka melaungkan menerusi pembesar suara, mendakwa lelaki yang ditahan itu musuh Islam kerana menentang mereka, kata penduduk.

Mereka kemudian ditembak mati.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Oktober 2014 @ 5:12 AM


MAYAT yang dikatakan mangsa pembunuhan IS bergelimpangan di jalan raya.

TPM umum peruntukan RM1 juta

Keningau: Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada setiap Parlimen Pensiangan dan Keningau bagi tujuan pembangunan rakyat, di sini, sebentar tadi.

Beliau yang merangkap Naib Presiden Umno Malaysia turut memberikan peruntukan sama di kawasan Parlimen Putatan yang diterajui Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

"Dalam perjuangan organisasi politik, mustahil untuk kita bekerja tanpa ada pulangan sama ada material atau jawatan, namun permintaan itu haruslah munasabah.

"Sebagai pemimpin atasan, kita perlu tahu kehendak orang bawah walaupun mereka tidak meminta, tapi harus diberi.

"Peruntukan ini bukan satu habuan atau suapan tapi sebagai penghargaan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan di kawasan masing-masing," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...