18 Aug 2015

Harry Styles berdepan tuduhan rogol gadis bawah umur?

HARRY STYLES dikaitkan dengan satu khabar angin yang mengatakan ahli kumpulan 'One Direction' itu telah memperkosa seorang gadis dibawah umur.

Tidak dipastikan siapakah yang memulakannya namun sebuah tweet tersebar meluas sejak semalam, mendakwa penyanyi berusia 21 tahun itu merogol gadis tersebut semasa dalam konsert jelajah di Hong Kong pada 26 Mac lalu.

Khabarnya mangsa sedang bersedih dan tertekan dengan berita penarikkan diri Zayn Malik dari One Direction. Harry didakwa menawarkan diri untuk memujuk dan menenangkan gadis itu.


Harry Styles rogol
Sebuah tweet yang dimuat naik kira-kira 12 jam lalu yang kononnya menunjukkan pesanan teks antara mangsa dan pihak kedua yang menceritakan tentang dakwaan rogol itu.




Muat naik itu turut menyatakan Harry berasa bersalah atas ‘perlakuannya’ dan cuba menebus kembali dengan memberikan wang tunai.

"Dia akan memberi saya duit dan tiket konsert jika saya boleh memaafkan dan menutup mulut saya," ujar muat naik itu.

Apabila pertuduhan kepada penghibur popular itu mula tersebar meluas, para peminat lantas mewujudkan hashtag #weknowtherealharry bagi menyangkal dakwaan berkenaan.

Dalam tempoh 10 jam, ia menjadi topik trending seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Kebanyakan tweet ini mempamerkan sifat baik Harry yang dilihat dan dikumpulkan oleh para peminatnya.

Remaja 13 tahun rogol adik perempuan 8 tahun setelah menonton video lucah

BLACKBURN: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Blackburn, England telah mengaku merogol adik beliau yang berusia lapan tahun selepas menonton video lucah menerusi Xbox.

Budak yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, juga mengaku bersalah kerana menyerang gadis itu dan menghasut beliau untuk melakukan perbuatan seksual kepadanya.

Kes itu mencetuskan perdebatan tentang akses kanak-kanak kepada video lucah, dengan kumpulan anti rogol meminta kawalan yang lebih ketat.

Dia memberitahu polis dia telah menonton video lucah menerusi Xbox bersama seorang rakan dan 'membuat keputusan untuk mencubanya'. Tambah lelaki berkenaan, beliau memilih adiknya kerana beliau masih kecil dan 'mudah lupa'.

Remaja berkenaan yang muncul di Mahkamah Majistret Blackburn pada hari Selasa, diikat jamin dan dibernarkan untuk hidup bersama ahli keluarga beliau, manakala pasukan belia menyediakan pra- hukuman ke atasnya .

Mangsa kini dipantau oleh beberapa pakar untuk sementara waktu.

Penyelaras Kumpulan Operasi Krisis Rogol (Rape Crisis Charity), Fiona Elvines berkata kanak-kanak yang mempunyai akses kepada video lucah adalah satu 'kebimbangan'.

"Ini akan benar-benar menjejaskan kestabilan kehidupan gadis kecil ini.

"Ia akan mengambil masa yang sangat lama dalam proses membaik pulih keadaan beliau. Landasan hidup beliau akan berbeza dan saya tidak mahu itu berlaku kepada orang lain," katanya.

Fiona berkata apabila kanak-kanak melihat aksi lucah, mereka tidak mempunyai sebarang konteks. Ini akan mewujudkan tekanan ke atas kanak-kanak yang akan menjadi lebih seksual, terutamanya di kalangan kanak-kanak lelaki muda untuk melakukan hubungan seks pada usia yang begitu muda.

Beliau juga meminta pihak kerajaan untuk memandang serius tentang perkara ini dan berharap bahawa pembekal perkhidmatan internet akan mengambail tanggungjawab yang lebih besar untuk mengawal akses kanak-kanak kepada kandungan lucah.

Satu rang undang-undang keselamatan dalam talian baharu akan dibincangkan oleh jawatankuasa kerajaan Britain walaupun tarikhnya belum ditentukan.

Ia mencadangkan bahawa pengguna internet perlu membuktikan mereka melebihi usia 18 tahun untuk melihat kandungan dewasa.

Pada masa ini, sekatan perlu dilaksanakan dalam setiap peranti dengan akses internet.

Menurut laman web khidmat pelanggan Xbox, pengguna boleh menukar akses kepada permainan, filem dan kandungan televisyen mengikut kesesuaian.

Ibu bapa juga boleh menyekat akses kepada internet dan menukar ciri keselamatan dan privasi dalam talian untuk akaun mereka.



Microsoft, syarikat yang membuat alat permainan video itu telah menyatakan simpati kepada semua yang terlibat dalam kes ini.

"Di Microsoft, kami mempunyai beberapa sistem yang ketat yang membenarkan ibu bapa untuk mengawal apa yang anak-anak mereka bermain dan menonton dalam talian."

Fiona berkata, ibu bapa juga harus cuba untuk bercakap tentang seks dan hubungan bersama anak-anak mereka. Subjek berkenaan juga diwajibkan di sekolah-sekolah, mengikut kesesuaian umur-umur pelajar.

"Apabila kita bercakap dengan anak-anak , mereka berkata ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lihat.

"Pada masa ini , kanak-kanak berfikir bahawa apa yang mereka menonton adalah apa yang orang dewasa lakukan apabila mereka melakukan hubungan seks, tetapi mereka perlu tahu bahawa ia adalah tidak, " katanya.

Lima persoalan penting dijawab Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Ekoran daripada pengguguran beliau dari Kabinet semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi topik perbualan bagi setiap rakyat Malaysia yang mengikuti hal ehwal semasa.

Muhyiddin telah diminta mengulas tentang beberapa isu mendesak dalam sidang media khas di kediamannya di Bukit Damansara awal hari ini.

Antara soalan utama yang ditanyakan adalah sama ada beliau menyesal memberi kenyataan terbuka mengenai siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dipercayai menjadi punca penggugurannya dari jawatan Kabinet.

Muhyiddin juga ditanya sama ada beliau yakin isu 1MDB boleh diselesaikan, berapa banyak yang diketahui tentang skandal itu, dan jika penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara dan pelantikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai usaha untuk mengganggu siasatan.

Ketika sidang media mula meraih momentum, Muhyiddin telah ditanya mengenai cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan berita pengguguran jawatan kepada beliau.

Muhyiddin juga ditanya sama ada khabar pengguguran itu telah berlaku sebelum beliau muncul membuat ucapan penggulungan mesyuarat UMNO Cheras pada malam Ahad lalu.

Menjawab pertanyaan tersebut, Muhyiddin bercerita tentang bagaimana Najib kelihatan agak sukar untuk memberitahu bahawa nama Muhyiddin tidak termasuk dalam senarai baharu Kabinet. Najib juga dikatakan memberitahu kepadanya dengan kata-kata yang terbatas.

Berkenaan UMNO, para wartawan sangat berminat untuk mengetahui sama ada Muhyiddin akan kekal berada dalam parti.

Ahli Parlimen Pagoh itu memberitahu, kedudukannya dalam parti sebagai Timbalan Presiden UMNO kekal, maka tugas dan tanggungjawabnya dalam membantu Presiden memacu parti ke peringkat lebih tinggi masih sama. Muhyiddin juga memberitahu bahawa beliau tidak punya alasan untuk percaya kedudukannya dalam parti terancam.

Beralih topik berkenaan para penyokongnya, Muhyiddin berkata beliau memahami sekiranya mereka berasa marah atau kecewa. Namun beliau yakin semua orang akan melihat bahawa hatinya hanya meletakkan kepentingan terhadap UMNO dan negara.

Apabila Muhyiddin kini dilihat sebagai salah seorang pengkritik Najib, bekas tokoh nombor dua negara itu ditanya sama ada beliau kini berdiri di platform sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad – yang tidak dapat dinafi menjadi pengkritik tegar pentadbiran Najib.

Memberi reaksi tentang hal itu, Muhyiddin berkata isu sama ada benar atau tidak beliau kini dalam ‘kem’ Dr Mahathir, tidak relevan. Perkara yang lebih penting adalah setiap kritikan itu perlu dipertimbang secara berasingan dan bertepatan

Muhyiddin juga berkata beliau tidak pernah menyesal dengan tindakan yang dilakukan sehingga menyebabkan pelucutan jawatan kerana tindakannya itu adalah tanggungjawab serta amanah yang harus dipikul.


Video mikrofon Ziana Zain terpelanting jadi viral, peminat beri sokongan

KUALA LUMPUR: Kegagalan penyanyi Ziana Zain mengakhiri persembahan beliau dengan sempurna pada majlis kemuncak Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2015) menjadi perbualan mulut orang ramai di media sosial.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, terpaksa berhadapan dengan situasi yang sukar apabila mikrofon yang digunakannya 'terpelanting' ketika membuat persembahan di KLFW2015 pada Ahad lalu.

Video tersebut menjadi viral di laman sosial sehingga ramai yang memuji sikap Ziana yang terbuka walaupun berhadapan dengan situasi seperti itu.

Dalam video berdurasi 15 saat itu, mikrofon yang dipegang Ziana dilihat terlepas ketika penyanyi berusia 47 tahun itu mengakhiri persembahannya.

Bagaimanapun Ziana kemudian mengambil semula mikrofon berkenaan dan mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin.

Susulan insiden itu, peminat Ziana Zain memberi sokongan serta pujian terhadap sikap profesional penyanyi itu di media sosial.

Manakala, menurut portal mStar Online, Ziana meyifatkan insiden itu sebagai satu 'drama lucu' sepanjang karier nyanyiannya.

"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

"Perkara seperti itu biasa terjadi kepada sesiapa pun. Jadi sekiranya ada penyanyi berhadapan dengan situasi di luar jangkaan seperti ini, tidak perlu gusar. Sebaliknya bersikap yakin di atas pentas sehinggalah habis persembahan," katanya dipetik dari portal mStar Online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...