selamat sejahtera Rakyat Malaysia yang PERFECT. naaa kedatangan entri aku ini adalah tidak puas hati dengan Rakyat Malaysia. Aku sebagai Rakyat Sarawak yang datang Ke Tanah Melayu atau Semenanjung Malaysia atau MALAYA seperti azab neraka.
Perkhidmatan TAKSI yang aku kira setaraf kasut buruk. jauh sekali tanggapan aku pemandu taxi di Kuala Lumpur ini dapat memberi perkhidmatan terbaik.
aku daripada OUM bersama kedua orang tua aku. mereka aku bawa nak melihat suasana d KL. menahan Taxi hendak ke JALAN TAR bukan nya jauh sangat dr OUM. kalau aku seorang tak ada masalah, ini tidak bawa org tua yang dalam keadaan sakit kaki. bukan nya tahan nak berjalan dalam jarak jauh.
taksi pertama
aku : Encik saya nak ke Hotel %$^&# di Jalan TAR
taxi : tara tau itu hotel.
aku : Jalan Tunku Abdul Razak je tue
taxi :sorry tak tahu jalan
Taksi kedua
aku : Encik saya nak ke Hotel %$^&# di Jalan TAR
taksi : saya tidak pergi ke sana
Taksi ketiga
aku : saya nak ke Hotel %$^&# di Jalan TAR
taksi; tak tahu jalan
jenuh bertanya dengan org taksi semua tak tahu. kalau ikut peta memang dekat je. aku tak ada masala kalau aku seorang. bodoh betul pemandu taksi di Kuala Lumpur nie. semua tak tahu.. kalau tak tahu jangan bawa taksi. duit kerajaan membazir nak bantu pemandu taksi.
aku berfikir sejenak. kenapa kerajaan beria ria nak membantu pemandu taksi sedangkan service mereka tidak bermutu. dalam hati sungguh marah kerana taksi ini demanding. aku terus berjalan bersama kedua orang tua aku. stesen LRT belum kelihatan mungkin masih jauh. ibu aku sudah mengeluh sakit kaki.
korang tak kesian ke beb... kita datang dari jauh di negara sendiri dan tidak mendapat perkhidmatan yang sepatutnya. kalau aku tak bawa orang tua biar aku pakai LRT.
sepanjang jalan adalah jumpa beberapa taksi yang berhenti di tepi jalan. Pemandu nya tengah sembang sesama sendiri. ingatkan dapatkan senang rupanya siap dia tanya kita "Awak SANGGUP BAYAR BERAPA?" aku berfikir kenapa taxi ni boleh tanya kita macam nie. ini tak boleh jadi. lenggok kelantan jelas di mulut lelaki itu yang tidak memakai baju putih seperti pemandu taksi lain.
pemandu taksi tidak sepatt nya bertanya macam tu kepada penumpang. ini lagi satu hal pemandu taksi nak minta duit lebih lah tue..kita dapat lihat pemandu taxi yang betul2 pemandu taksi. aku dengan wajah marah beredar dari situ malas nak layan manusia seperti ini di Malaysia.
naik jejantas di kawasan PWTC nasib ada Lif. sekurangnya sakit kaki ibunda ku dapat kurang sikit. dari atas terlihat Taxi biru berhenti jadi turun dr jejantas nak tanya kot kot taksi biru nie dapat hantar ke hotel. di hati adalah juga marah, tetapi aku pertimbangkan juga kemarahan ku sebab pemandu tu tengah berehat makan. jadi aku bersama org tua naik balik jejantas terus menuju LRT di PWTC. naik LRT jelah. nak buat macam mana hati dah panas dan sakit hati. sebab aku faham turun kat bandaraya kena jalan kaki ke hotel. bagi kita masih kuat berjalan tidak masalah brjalan jauh. kesian aku lihat ibunda ku. sakit kaki..
kesimpulan aku tentang pemandu Taksi di Kuala Lumput
1. Cekik Darah - Hotel jalan TAR ke OUM di charge RM20.00
2. Penipu - Tidak memakai meter untuk kita tidak tahu selok belok di kuala lumpur
3. Tidak berilmu.- tak tahu jalan