25 Nov 2013

Elak cukai khianati negara - Korang Buka Mata.. Pengkhianat Negara sebenar korang tak bayar cukai.

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan rakyat yang mengelak daripada membayar cukai sebagai pengkhianat negara.

Perdana Menteri berkata, kewajipan membayar cukai satu daripada semangat patriotik, iaitu melaksanakan tanggungjawab kepada negara demi kebaikan semua. 

Patriotisme tidak semestinya hanya dengan menghunus senjata untuk mempertahankan tanah air, katanya. 

“Saya tidak pernah sebut sebelum ini. Apa definisi patriotisme? Apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara demi kebaikan semua. Kalau kita boleh meng-hunuskan senjata (untuk membela tanah air), hunuskanlah.

“Kewajipan membayar cukai juga adalah patriotisme. Mengelak daripada membayar cukai adalah pengkhianatan kepada negara,” katanya berucap merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Pengerusi Sekretariat PENA, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad dan Ketua Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera Jabatan Perdana Menteri, Husni Salleh.

Seminar sehari itu memberi penjelasan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat mengenai Cukai Barangan serta Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015, Bajet 2014 dan Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera. 
Program itu adalah yang pertama dalam siri penerangan ke seluruh negara sehingga Februari depan.

Ia dimulakan dengan Khazali memberi penjelasan mengenai kesan GST terhadap masyarakat, diikuti penjelasan mengenai Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera oleh Husni.

Biaya program

Najib berkata, daripada 14 juta tenaga kerja di negara ini, hanya 1.34 juta atau 10 peratus yang layak membayar cukai dan hasil pendapatan kerajaan itu diguna untuk melaksanakan pelbagai program ekonomi, infrastruktur, pendidikan dan sosial rakyat.

“Kita nak jalan raya baru, sekolah dan universiti baru dan ini memerlukan peruntukan lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini.

“Pilihannya adalah dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara akan menurun, kita akan muflis, rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata, rakyat tidak perlu takut dengan GST. 

“Kalau harga barangan naik pun, hanya sedikit. Hendak kata harga barang tidak naik langsung, itu mustahil. Saya jamin rakyat akan mendapat faedah GST,” katanya. 

Mengenai Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera, Najib berkata, ketika ditemubual CNN di London, baru-baru ini, beliau menjelaskan, 67 peratus penduduk negara ini adalah Bumiputera dengan 59 peratus daripadanya Bumiputera Islam yang perlu diberikan keadilan untuk berkongsi peluang ekonomi dengan kaum lain.

Keadilan sosial

“Apa akan jadi kalau golongan majoriti ini terpinggir? Sudah tentulah tidak wujud keadilan sosial dan sama sekali tidak akan memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi pada masa depan.

“Kita hendak tolong Bumiputera yang rajin bekerja. Falsafah keadilan untuk semua bangsa sudah ditentukan dalam Islam. 

“Adakah anak yang dilahirkan Ulu Jerantut mendapat peluang untuk berjaya sama dengan anak yang dilahirkan di Damansara? 

“Sudah tentu tidak. Oleh itu, kita harus menyediakan peluang yang sama rata,” katanya.

Penjenayah Cyber Cabaran dan Cara Mengatasinya

Pagi ini 25.11.2013 aku menerima email daripada laknatullah orang yang menghantar email penipu. tetapi pengirim email ini tidak tahu aku bukan orang yang mudah percaya kepada email-email ANDA MENANG, ANDA BERTUAH, TAHNIAH dan sebagainya yang mempunyai persamaan dengan nya.Di bawah ini adalah capture skrin INBOX email aku.


Berhati-hati jika anda menerima email seperti ini. Jangan percaya 100%. lihat dulu secara teknikal email ini. adalah pengirim nya boleh dipercayai atau tidak.

Kandungan SISIPAN email yang di hantar oleh mereka yang MENGAKU dari Google Coorporation
Capture skrin di atas nampak sangat penipu. Antara aku dapat kenalpasti adalah seperti berikut :-

1. Jika aku memang pemenang daripada Google User kenapa tidak email terus ke email google saya? kenapa nak send ke akaun email bukan email google?. harus beringat !!!!

2. Pengirim email "yychoy@uthm.edu.my" bersembunyi disebalik nama Google Coorporation. kalau diikutkan kenapa pengirim email dari syarikat yang besar menggunakan XXXXX@uthm.edu.my. ini bukan daripada syarikat google. ini email organisasi pendidikan malaysia atau universiti yang ada di malaysia. Aku telah mengkantoikan modus operandi mereka ini.

3. Sejak bila pihak google menganjurkan pertandingan seperti ini. Sepatutnya perlu di maklumkan terlebih dulu pertandingan seumpama ini. tetapi agak mustahil syarikat besar macam ini akan membuat pertandingan yang melibatkan negara-negara. Ini satu yang sukar aku percaya. Jelas sangat ini adalah pemBOHONGAN babi oleh Pembohong scammer. KANTOI lagi modus operandi mereka.

4. Paling ketara sekali modus operandi nya sama sahaja dengan modus operandi yang lainnya apabila dalam email tersebut meminta kita menyediakan maklumat peribadi kita hahaha sama siot dengan pembohongan email yang lain. bezanya penganjurnya kononnya... bye the way kita berhati-hati dengan email yang kita terima.

5. Perlu anda ketahui dan berfikir secara logic syarikat yang menghantar email kemudian mengarahkan membalas email ke email lain. agak tidak logik kan. perlu lah kita berfikir soal ini. lebih-lebih lagi kalau email tersebut berbeza sekali.

oleh itu, pembaca sekalian kena berhati-hati walaupun kita bukan pakar IT perlu berjaga-jaga. di alam maya @ cyber @ internet sekarang penjenayah ni sentiasa ada mereka akan sedaya upaya untuk bermain tali dengan kita jika kita lemah dan tertarik dengan mereka makanya peluang keemasan untuk mereka mengenakan anda adalah cerah.

sebagai pengguna internet, jangan mempercayai apa yang kita terima jika kita tiada urusan dengan mereka yang menghantar ini. fikir itu sahaja. contohnya jika kita tak pernah masuk peraduan dan tetiba menang ini memang ANeh dan PElik.

dengan ada informasi ini pembaca dapat berhati-hati. wahhh tajuk entri aku bukan main lagi hahahahahahah tapi isi kandungan lain ye... 

oke lah nanti jumpa lagi di enteri yg seterusnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...