22 Aug 2015

Bersih 4.0 terima dana haram RM30j?

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyia­sat dakwaan penganjur perhimpunan Bersih 4.0 menerima dana daripada sumber haram melebihi RM30 juta untuk diagihkan kepada 100,000 peserta yang disasarkan bagi menyertai perhimpunan ha­ram itu hujung bulan ini

Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO-NGO) Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos mendakwa, pihaknya mendapat maklumat wang dana yang diterima itu dipercayai datang daripada sumber-sumber yang meragukan.

Menurut beliau, dakwaan tersebut timbul berikutan pi­haknya telah mendapat penga­kuan daripada 37 remaja yang telah menerima wang pendahuluan sebanyak RM100 bagi menyertai perhimpunan itu.

“Mereka dijanjikan sebanyak RM300 seorang, manakala bagi ketua kumpulan pula mendapat RM500 jika menyertai perhimpunan selama dua hari itu termasuk makan dan minum empat kali sehari serta pengangkutan percuma yang semua ini memerlukan kos tidak kurang RM30 juta.

“Sebab itu saya minta pihak polis agar menyiasat perkara ini kerana dibimbangi perhimpunan yang dirancang Bersih adalah bertujuan menghancurkan keamanan negara melalui demonstrasi,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...