20 Aug 2015

Sekurang-kurangnya 16 maut dalam kejadian letupan bom di Bangkok

BANGKOK: Satu letupan dipercayai berpunca dari sebutir bom meletup di sebuah kuil di tengah-tengah Bangkok pada Isnin, meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa dan mencederakan beberapa orang yang lain.

Kejadian berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), kata polis Thai.

Menurut Ketua Polis Thailand, sehingga kini disahkan 10 warga Thai, seorang warga China dan seorang warga Filipina maut.

"Jumlah kematian ketika ini seramai 16 orang," kata Prawut Thavornsir kepada AFP

Serangan juga katanya ada kaitan dengan politik dan mencetuskan huru-hara di negara itu.

Namun agensi berita Reuters melaporkan beberapa agensi media tempatan berkata seramai 27 orang terkorban manakala 78 lagi cedera.

Beberapa cebisan tubuh mangsa turut dilihat bertaburan di lokasi kejadian yang berlaku di hadapan sebatang jalan di luar Kuil Hindu Erawan, dalam daerah Chidlom di tengah-tengah ibu kota Thailand itu.

Letupan turut merosakkan beberapa kereta dan motosikal.

Peniaga jalanan di sepanjang jalan itu dipercayai antara mangsa dalam kejadian letupan.

“Saya boleh sahkan ia adalah sebutir bom, namun tidak dapat dipastikan jenis bomnya, kami (polis) sedang menjalankan siasatan,” kata jurucakap polis Leftenan General Prawut Thavornsiri kepada AFP awal kejadian tadi.



Angka korban dijangka meningkat dengan ramai yang dilaporkan cedera. - Foto AFP
 
Sementara itu ketika dihubungi Pegawai Perhubungan Keselamatan Kedutaan Malaysia di Bangkok, ACP Fauzi Khan Ismail memaklumkan kepada Astro AWANI jumlah kematian berkemungkinan meningkat berikutan kawasan tersebut adalah pusat tumpuan pelancong.

Menurut Fauzi lagi, maklumat awal kematian berkemungkinan mampu mencecah sehingga 15 orang dengan lebih 70 yang lain cedera.

Dipercayai hanya sebutir daripada tiga bom yang diletakkan berjaya diletupkan.

Menteri Pertahanan Thai, berkata, pengebom mensasarkan warga asing dan cuba menjatuhkan industri pelancongan negara itu. - AP Photo/Sackchai Lalit 

Turut ditutup, kawasan di dalam lingkungan radius 500 meter dari kawasan letupan.
Pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada rakyat Malaysia antara mangsa dalam kejadian itu.

Usaha menyelamat kini sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa di kawasan letupan.

Sementara itu Menteri Pertahanan Thai, berkata, pengebom mensasarkan warga asing dan cuba menjatuhkan industri pelancongan negara itu.

"Ia adalah sebuah bom TNT dimana pengebom mensasarkan warga asing dan berhasrat menjatuhkan pelancongan dan ekonomi Thailand," kata Prawit Wongsuwong kepada AFP.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...