28 Aug 2015

Yatt Hamzah Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu

Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah akhirnya sah bercerai talak satu dalam satu perbicaraan secara tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi laporan Berita Harian, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah telah bercerai dengan suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor kira-kira jam 4.23 petang.

Hal itu disahkan sendiri Abdul Mutalib menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantarnya kepada BH Online.

Sebelum ini rumah tangga mereka pernah dikatakan berantakan tetapi berjaya diselamatkan.

Tetapi kali ini nampaknya jodoh pasangan ini tidak Berjaya dipanjangkan lagi.

Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih," ulas suami kepada Yatt.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib berusia lima tahun.

Sumber Berita Harian

27 Aug 2015

LUNDU LEBIH PESAT

LUNDU: Daerah Lundu akan dibangun lebih pesat dengan pelaksanaan banyak projek besar, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Jelasnya, antara projek besar bakal disaksi penduduk ialah pembinaan Tebingan Sematan.

“Projek besar sudah tiba di Lundu. Saya hendak membuat tebingan untuk Sematan. Sematan sebenarnya cantik jika dibuat betul-betul, begitu juga Lundu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran projek menaik taraf Jalan Pantai Pandan ke Kampung Belungei dan Pugu di sini, semalam.

Selain itu, Adenan berkata projek besar akan dibawa ke Sematan dan Lundu ialah Lebuh Raya Pan Borneo, Kolej Matrikulasi, Sekolah Teknikal Yayasan Sarawak termasuk Jalan Pantai Pandan ke Kampung Belungei dan Pugu serta banyak lagi.

“Ini akan membuka kawasan kita dan memberi impak kepada ekonomi masyarakat di sini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata pembinaan Jalan Pantai Pandan ke Kampung Belungei dan Pugu antara langkah kerajaan negeri membangunkan kawasan luar bandar.

“Inilah langkah kerajaan kita supaya menjelang tahun 2030 nanti penduduk di luar bandar mampu menikmati apa sahaja pembangunan seluruh negeri dan negara,” katanya.

Menurut Manyin, projek menaik taraf Jalan Pantai Pandan ke Kampung Belungei dan Pugu sepanjang 11.7 kilometer ke standard R3 menelan kos kira-kira RM60 juta.

Selain itu, turut dilaksana ialah naik taraf tiga jambatan kayu sedia ada.

Terdahulu, Manyin memberitahu kerajaan dalam tempoh sebulan ini telah melancarkan beberapa projek besar iaitu Jambatan Long Lama bernilai lebih RM100 juta, Jambatan Bako bernilai RM70 juta serta naik taraf Jalan Stephen Yong bernilai RM80 juta.

Malah, katanya, projek pembangunan luar bandar kini turut dilaksana di Limbang, Sibuti dan Ulu Pakan.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Muda Pembangunan Industri (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil dan Menteri Muda Kemajuan Tanah Datuk Gramong Juna.

26 Aug 2015

Nak jadi perempuan

Johor Bahru: “Tolonglah encik, saya baru nak jadi perempuan,” rayu seorang wanita berperwatakan lelaki kepada pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) agar tindakan tidak diambil terhadapnya apabila ditemui bersama seorang bayi yang didakwa anaknya di sebuah hotel murah di Taman Pelangi, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 32 tahun itu merayu supaya tidak dikenakan tindakan kerana cuba menyembunyikan kelahiran bayi lelaki itu selepas didakwa menjadi mangsa rogol abang angkatnya yang berusia lingkungan 40-an, tahun lalu.

“Ini semua cerita lama, saya dirogol dan sampai sekarang saya tidak tahu dia di mana. Tetapi sejak saya mengandung, saya insaf dan mahu jaga anak ini kerana saya sayangkan dia,” katanya.

Wanita itu berkata, dia sudah insaf dan berhasrat untuk menjadi ibu yang baik kepada bayinya serta menjalani kehidupan baru.

“Saya bersalin awal Februari lalu dan memilih tidak pulang ke rumah ibu bapa kerana tidak mahu jiran memandang serong kepada keluarga. Saya tidak mahu mereka bersedih dan terkejut.


WANITA yang diperiksa dalam Op Mawar Merah bersama bayi di sebuah hotel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...