15 Aug 2015

SKMM keluar notis untuk Malaysiakini

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan notis kepada portal berita Malaysiakini untuk menurunkan dua artikel daripada laman webnya yang didapati tidak benar.

SKMM dalam satu kenyataan berkata artikel berkenaan bertajuk ‘Report filed against Chief Sec, PSD Head’ dan ‘Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA’ yang diterbitkan semalam.

“SKMM mendapati berita dalam kedua-dua artikel yang diterbitkan itu adalah tidak benar berdasarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menafikan wujudnya pegawai SPRM membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peruntukan Seksyen 48 Akta SPRM 2009,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, SKMM mengingatkan portal berita untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum ia disiarkan.

Suruhanjaya itu turut menegaskan sebarang perbuatan menghantar kandungan palsu melalui aplikasi laman sesawang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...