15 Aug 2015

Letupan Tianjin: Angka kematian meningkat kepada 85 orang

TIANJIN, China: Angka kematian akibat letupan kuat di bandar pelabuhan Tianjin sudah meningkat kepada 85 orang, kata media rasmi Xinhua hari ini. Beratus-ratus lagi cedera akibat letupan dahsyat yang berpunca dari sebuah gudang menyimpan bahan kimia, sekali gus menyebabkan ramai bimbang mereka terdedah kepada pencemaran kimia beracun. 

Dalam pada itu, pasukan penyiasat dikatakan tidak dapat mengenal pasti apa bahan kimia yang berada di kawasan itu ketika letupan berlaku. Sekumpulan 217 pakar bahan nuklear dan biokimia dari tentera China juga dikerah ke kawasan insiden selepas letupan itu. 

Tetapi kumpulan pakar terbabit memaklumkan gas toksik yang tersebar dari letupan itu adalah dalam julat normal dan udaranya selamat untuk penduduk. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...