23 Nov 2013

Harga Barang, Harga Minyak dan GST

Setelah PM kita membentang bajet 2014 oktober yang lepas ada satu isu yang menarik perhatian aku iaitu Harga Barang, Harga Minyak dan GST.

Antara korang sedar atau tidak harga barang siap atau produk yang sudah siap naik sedikit demi sedikit. walaupun barang ini bukan daripada barang kawalan. aku tak nak cerita pasal barang kawalan sebab harga tetap sama. 

korang tahu tak harga ubat gigi colgate, darlee dan sebagai nya naik sedikit-sedikit setiap bulan?. Kita tidak tahu adakah Peniaga yang sengaja nak untung atau pengeluar atau pengilang nak untung lebih. barang ini bukan barang kawalan pun tetapi akan mempengaruhi perbelanjaan bulanan. kalau nak jimat tak payah jaga kesihatan gigi. begitulah seperti yang kerajaan saran pada hakikatnya kerajaan tidak ambil indah harga barang ini. aku ingin bercakap depan menteri ke tak berus gigi. sebab kita nak jimat harga colgate naik.

bukan itu sahaja, sabun mandi juga naik tak kirapun jenama murah ka jenama mahal tetap juga naik. aku tak tahu kenapa barang ni boleh naik sedangkan harga minyak naik dan tak naik tetap harga barang benda alah ni tetap naik.

Aku klasifikasi kan harga barang ini sikap manusia yang TAMAK dan HALOBA nak hidup senang. Manusia ini memang ada di mana ada sahaja. Cuba kita lihat jarang kita lihat peniaga hidup susah sehingga merempat di tepi jalan. mereka untung sebenarnya serta memberi alasan kos minyak mahal. hahahahahahha kadang-kadang aku lucu alasan tu sedangkan harga minyak tak naik. memang mereka sengaja nak naikan harga nak KAYA. 

Memang padan pun Orang KAYA ini suka memberi alasan, barang mahal sedangkan mereka mampu membeli yang mahal. hahahah saja jer orang kaya ni bergurau dengan orang kebanyakan.

Berbalik lagi kita kepada peniaga, Kedai-kedai makan juga menaikkan harga makanan yang sedia dimakan. Jelas sekali subsidi gula telah dimansuhkan harga segelas tea tarik naik 20sen. hahahahaha gula n tea tarik tiada kaitan langsung tetapi kenapa tea tarik tetap naik.. lucu kan dunia ini. kalau aku kata peniagaan ini adalah pembohong. Semua yang berniaga di dunia ini adalah Pembohong hanya segilintir sahaja yang betul-betul berniaga ikut sunah nabi. 

Harga minyak petrol naik kecoh satu Malaysia beberapa bulan lepas. Propaganda oleh siapa. Ada yang kata jangan percaya khabar angin. alih alih lepas itu minyak naik. aku nak ketawa juga lah suruh jangan percaya khabar angin tetiba harga minyak naik. hahahahahah rasa macam kena TIPU. 

ahhhhh satu ini yang aku kompius GST. Kerajaan Malaysia akan memperkenalkan GST mulai april 2015. tetapi kenapa KFC sudah lama mengenakan Charge GST, dalam resit sudah tercatit GST 6%. Manakala PIZZA hut baru baru ini aku terkejut mengenakan 10% dan 6% dalam resitnya. sebelum ini tak pernah ada cuma ada GST sahaja.. hahahahah aku betul-betul ketawa dengan cara mereka berniaga.

kadang-kadang aku sokong apa yang kerajaan perkenalkan kadang-kadang aku rasa nak protes dengan apa yang kerajaan buat, apakan daya aku ini cuma rakyat biasa. tapi aku tetap menyokong kerajaan yang sedia ada sekarang. aku bukan taksub berpolitik ler...

hahahahah what ever it is blog aku ini adalah menunjukkan aku tidak puashati tidak semestinya memudaratkan siapa siapa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...