15 Aug 2015

Rempuh tangga bangunan, bakar diri

Kuala Lumpur: Seorang wanita dipercayai cuba membunuh diri dengan merempuh tangga bangunan pejabat di Bangsar South, dekat sini, dengan keretanya sebelum membakar diri di dalam kereta itu, 5 petang tadi.

Difahamkan, wanita itu adalah bekas pekerja sebuah syarikat di bangunan itu dan dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak puas hati dengan syarikat tempatnya bekerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa melecur hampir 50 peratus di keseluruhan tubuhnya.

Katanya, mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dirawat.


"Sepasukan anggota polis sudah dihantar ke lokasi dan PPUM untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...