Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

9 Sept 2015

Reputasi Malaysia semakin tercalar gara-gara kebiadaban penyokong sendiri


REPUTASI Malaysia dalam peta bola sepak dunia semakin tercalar gara-gara tindakan biadap penyokong sendiri di Stadium Shah Alam, malam tadi. 

Perlawanan di antara Malaysia dengan Arab Saudi dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 terpaksa dihentikan ketika pelawat mendahului perlawanan 2-1.

Semuanya bermula apabila kumpulan penyokong yang dikenali sebagai Ultras Malaya mula membakar suar, bom asap, mercun, merosakkan kerusi dan membalingnya ke dalam padang pada minit ke-84.

Sebelum itu, kehadiran Ultras Malaya dikesan mula berkumpul pada minit ke-40.

Situasi ini memaksa pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man menghentikan seketika perlawanan pada minit ke-88.

Keadaan penyokong di bahagian curva semakin tidak terkawal selepas tembakan mercun dilepaskan dan hampir mengenai pemain Malaysia yang ketika itu sedang berkumpul berdekatan bangku simpanan.

Disebabkan itu pengadil mengarahkan kedua-dua pasukan masuk berlindung di dalam bilik persalinan.

Namun situasi masih belum reda dan mercun pula ditembak ke arah lebih 1,000 penyokong Arab Saudi yang kebanyakannya membawa kanak-kanak. Tidak lama kemudian mereka diarah keluar dari stadium.

Difahamkan, seramai 530 anggota keselamatan ditugaskan malam tadi.

Ketika Ong Kim Swee menjadi pemangku jurulatih pada Mac 2014, kejadian serupa turut tercetus di Stadium Majlis Perbandaran Selayang ketika melibatkan perlawanan Harimau Malaya dengan Filipina.

Setakat jam 11.30 malam Selasa, tiada pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menjelaskan apa tindakan susulan untuk perlawanan ini.

15 Aug 2015

M&A syarikat china ke Malaysia bernilai AS$830j hingga Julai

KUALA LUMPUR: Jumlah nilai penggabungan dan pengambilalihan (M&A) syarikat China ke Malaysia berjumlah AS$830 juta setakat Julai 2015, hampir empat kali ganda angka bagi keseluruhan 2014, demikian menurut HSBC Bank Malaysia Bhd.

"Setakat tahun ini, M&A China ke Malaysia menjadi yang paling sibuk mengikut rekod, baik dari segi jumlah dan perjanjian besar dengan sektor hartanah, produk pengguna dan runcit menjadi yang paling aktif," katanya dalam satu kenyataan.

M&A menjadi cara yang paling cepat untuk syarikat-syarikat China meneroka pasaran asing dan bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai manakala susut nilai mata wang asing berbanding renminbi menyediakan persekitaran yang baik untuk M&A.

Peningkatan pendapatan boleh guna pengguna China sebanyak 1.4 bilion juga mengisi minat pengambilalihan dalam sektor barangan pengguna dan riadah.


Perkembangan berkenaan dapat disaksikan dalam pelaburan China ke Malaysia, kata kenyataan itu lagi.

Perjanjian utama termasuk pembelian tanah Southern Crest Development Sdn Bhd oleh Greenland Holding Group di Plentong, Johor (AS$658 juta), pembelian hartanah Pearl Discovery Development Sdn Bhd (AS$89 juta) oleh Longcheer Holdings dan Parkson Retail Group membeli YeeHaw Best Practice Sdn Bhd dalam industri makan dan penginapan. - BERNAMA

9 Aug 2015

Vladimir Putin arahkan pasukan khas Russia rampas MH370 - Pakar


KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 orang termasuk 12 kru dipercayai dirampas atas arahan Presiden Russia, Vladimir Putin dan mendarat secara rahsia di Kazakhstan, kata seorang pakar. Selepas memalsukan data sistem pandu arah MH370 supaya ia dilihat seakan-akan menuju ke selatan Lautan Hindi, kumpulan perampas akhirnya mendaratkan pesawat jenis Boeing 777-200ER itu di Kazakhstan. Penulis sains rakyat Amerika Syarikat (AS), Jeff Wise, yang juga terbabit dalam liputan siaran televisyen CNN mengenai MH370 sebelum ini berkata, data 'ping' atau isyarat berbalas antara pesawat dan satelit Inmarsat itu selama ini 'dipalsukan'. Beliau berkata, data dirakam satelit telekomunikasi milik syarikat British itu hanya untuk mengalih tumpuan orang ramai dan misi pencarian, bagi memberi laluan plot rampasan yang diarahkan Putin berjalan lancar. Menilai keseluruhan 'drama' di sebalik misteri kehilangan MH370, Wise menyuarakan keyakinan bahawa pesawat itu sebaliknya berada di Baikonur Cosmodrome, iaitu tapak pelancaran roket terbesar di dunia yang terletak kira-kira 200 kilometer di timur Laut Aral, Kazakhstan. "Tujuh jam sudah memadai untuk kumpulan perampas melaksanakan rancangannya kerana tumpuan pasukan pencarian ketika itu berada di Laut China Selatan, sebelum akhirnya beralih ke Lautan Hindi. "Perkara pelik di sebalik rampasan ini ialah apa motif sebenar Putin untuk 'mencuri' sebuah pesawat sarat dengan penumpang. "Meskipun boleh dikatakan tidak masuk akal, Russia cukup terkenal dengan pelbagai operasi khas yang akhirnya mempunyai tujuan tertentu," katanya seperti dilaporkan portal berita Daily Mail, semalam. Mengulas lanjut, Wise menjangkakan tindakan Putin adalah semata-mata untuk menunjukkan 'taring' Russia, khususnya merancang serangan balas terhadap negara Barat pada bila-bila masa. Rampasan yang didakwa didalangi Russia itu, katanya, antara lain reaksi balas Putin terhadap sekatan pertama yang dikenakan terhadap negara Soviet pada 7 Mac tahun lalu iaitu sehari sebelum MH370 dilaporkan hilang. "Ada pelbagai kemungkinan termasuk pesawat ini akan dipenuhi dengan muatan bahan letupan satu hari nanti untuk dilancarkan terhadap musuh Russia sebagai serangan balas. "Mungkin juga ada individu di dalam pesawat itu yang mempunyai kepentingan kepada Russia," katanya. - Mail Online

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/36834

31 May 2014

Coklat Jenama Cadbury Disahkan Mengandungi DNA Khinzir



Coklat Cadbury yang berjenama antarabangsa di Malaysia telah didapati mengandungi kandungan DNA Khinzir.

berikut adalah berita mengenai coklat Jenama Cadbury

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Syarikat pengeluar produk berasaskan coklat, Cadbury Dairy Milk hari ini menarik balik dua produknya yang didakwa mengandungi DNA babi serta-merta.

Antara produk terbabit ialah Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Tindakan itu dibuat susulan daripada penemuan DNA babi (porcine) yang terdapat dalam produk Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Badam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam satu kenyataan hari ini, Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan menarik semula produknya dari pasaran dengan serta-merta.

Menurut kenyataan itu, tiada coklat Cadbury dipengaruhi oleh ujian tersebut.

Dalam pada itu, pihaknya sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipenuhi.

"Kami memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa coklat Cadbury yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah disahkan halal oleh Jakim termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk tersebut.

"Kami menggunakan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan bahawa produk kami mematuhi standard tertinggi kualiti dan keselamatan kami," katanya.

Pendedahan itu dibuat KKM dan mengesahkan bahawa dua dari tiga sampel Coklat Cadbury yang diambil telah diuji dan didapati positif porcine.


Sumber : http://www.sinarharian.com.my/

4 May 2014

KAMPUNG TANPA WAYAR (KTW)

Sesuai sangat lah aku guna FONT bersaiz Besar, Biar mereka nampak tahap kemarahan kita ka..

tajuk entri aku Kampung Tanpa Wayar hebat kan. seluruh kampung dapat menenet. free.. hahahah tapi korang tahu ke apa tu kampung tanpa wayar?

usaha kerajaan mewujudkan KTW adalah terbaik dimuka bumi ini. Tiada negara di dunia ini prihatin dengan rakyat,kecuali Malaysia

tetapi sejauh mana kerajaan menyediakan internet untuk rakyat?? adakah sekadar suka suka, adakah ingin dipuji, adakah sekadar untuk menunjuk nunjuk, atau sekadar perhiasan untuk menunjukkan besarnya parabola...

Coverage internet KTW adalah luas terbentang... tetapi kenapa saya hairan depan rumah saya ada remaja2 bawa laptop duduk duduk.. saya tanya kenapa tak buka di rumah... SlOW... wow... slow hahahah pemacar tu depan rumah saya jer....memang buat perhiasan lah nie.. nak tunjukkan kehebatan ... tapi tak sehebat mana pun...

lepas tu saya cuba coooooonek tpi tak dapat...

what next.... so buang duit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...