Showing posts with label Trigana Air. Show all posts
Showing posts with label Trigana Air. Show all posts

19 Aug 2015

Mayat rentung, pesawat terbakar

Jayapura: Tiada seorang pun daripada 49 penumpang dan lima anak kapal pesawat ATR42-300 milik Trigana Air Service terselamat selepas pesawat itu musnah kerana melanggar gunung di timur Papua.

Pasukan penyelamat yang sampai ke lokasi nahas lewat pagi tadi melalui laluan darat mendapati pesawat berkenaan berkecai dan ada kesan terbakar.

Pengarah Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesi, Henry Bambang Soelistyo, berkata pesawat itu musnah sepenuhnya manakala mayat terbakar menyebabkan ia sukar dikenal pasti.

“Berdasarkan keadaan itu tiada peluang sesiapa pun terselamat,” katanya.

Menurutnya, semua 53 mayat sudah ditemui dan akan dihantar ke Jayapura, bandar utama wilayah Papua.

“Kotak hitam pesawat sudah ditemui dan data kotak itu akan dianalisis secepat mungkin bagi mengetahui punca nahas,” katanya.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Jayapura ke sebuah bandar di timur wilayah itu, Oksibil, apbila terputus hubungan kira-kira sembilan minit sebelum dijadualkan mendarat di lapangan terbang Oksibil.

Soelistyo berkata, bangkai pesawat itu berada pada kedudukan 2,600 meter dalam hutan tebal yang menyukarkan usaha membawa keluar mayat mangsa. - AP

16 Aug 2015

Pesawat Indonesia bawa 54 penumpang terputus perhubungan

JAKARTA: Sebuah pesawat domestik Indonesia yang membawa 54 penumpang dan krew terputus perhubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada Ahad di timur daerah Papua.

Memetik laporan Reuters, Ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo memaklumkan pihak berkuasa telah terputus hubungan dengan pesawat berkenaan.

"Terputus hubungan dengan kapal terbang," kata ketua BASARNAS Bambang Soelystyo kepadaReuters melalui telefon.

Memetik akaun Twitter rasmi BASARNAS, pesawat tersebut merupakan pesawat milik Trigana Air penerbangan TGN267 yang membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima krew.

Memetik portal berita Detik.com, krew terdiri daripada seorang pilot (Hasanudin), seorang flight officer (Ariadin), dua pramugari (Ika dan Ditta) dan seorang mekanik (Mario).

Menurut laporan, kali terakhir pesawat itu menghubungi menara ATC Sentani pukul 2.55 petang waktu tempatan.

Pesawat itu berlepas dari Jayapura pukul 2.22 petang dan sepatutnya tiba di Oksibil pukul 3.04 petang waktu tempatan.

Pesawat terbabit adalah jenis twin turboprop model ATR 42-300 yang dihasilkan sejak awal 1980an hingga 1996.

Menurut FlightRadar24, pesawat terbabit tidak dilengkapi dengan peralatan pengesanan satelit ADS-B.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...