Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

3 Sept 2015

APMM Sarawak tahan empat bot, 35 nelayan asing

KUCHING: Op Orion Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak berjaya menahan empat bot dan 35 nelayan warga Thailand dan Vietnam sepanjang empat hari operasi, bermula 28 Ogos lalu.

Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Sarawak (Wilsar), Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata tiga bot nelayan itu milik rakyat tempatan manakala sebuah lagi milik nelayan Vietnam.

Menurutnya APMM menggunakan lapan kapal dalam operasi itu, termasuk KM Marlin dan KM Satria dari APMM Lumut, sebuah pesawat Bombardier dari Stesen Udara Maritim Subang dengan kekuatan 140 anggota.

"Pada 28 Ogos, kapal KM Cekal menahan sebuah bot nelayan pada kedudukan 130 batu nautika dari Tanjung Sirik dan menahan lapan warga Thailand.

"Pada hari yang sama, kapal KM Bijak menahan sebuah bot dan menahan sembilan warga Thai termasuk tekong," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ismaili berkata kedua-dua bot nelayan tempatan itu ditahan kerana melakukan kesalahan syarat sah lesen mengikut Akta Perikanan 1985.

Menurutnya, pada 29 Ogos lepas, KM Marlin menahan sebuah bot nelayan asing dari Vietnam kira-kira 63 batu nautika dari Tanjung Sirik serta menahan sembilan nelayan rakyat negara itu.

"Pada hari keempat operasi, KM Rhu pula berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan di Tanjung Payung bersama sembilan nelayan warga Thai.

Beliau berkata, kedua-dua bot nelayan itu ditahan kerana melanggar syarat lesen bot mengikut Akta Perikanan 1985.

Katanya, Op Orion itu bertujuan membanteras serta menangani isu pencerobohan nelayan asing di perairan Sarawak, isu yang diberi perhatian serius oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.


"Bagi tempoh Januari hingga semalam, APMM Wilsar berjaya membuat 54 tangkapan.

"Daripada jumlah itu, 11 kes telah selesai dengan jumlah kompaun RM24,800 dan jumlah lelongan sebanyak RM26,012, manakala lelongan minyak sebanyak RM10,780," katanya.


Laporan akhir persempadanan semula PRN Sarawak dibentang di Dewan Rakyat, Oktober - Nancy


Laporan akhir persempadanan semula PRN Sarawak dibentang di Dewan Rakyat, Oktober - Nancy
Penambahan 11 kerusi (DUN) baharu itu akan menjadikan keseluruhannya, 82 kerusi DUN yang akan dipertandingkan pada P-R-N Sarawak ke-11 nanti. - Gambar Fail

Laporan akhir persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata pembentangan laporan itu bagi membolehkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu diwujudkan, mendapat kelulusan Parlimen dan diwartakan.

"11 lagi kerusi di negeri Sarawak telah diluluskan dan proses selanjutnya ialah di pihak Parlimen. Jadi ini akan dibentangkan di Parlimen dan apabila sudah mendapat kelulusan di Parlimen, Ketua Menteri Sarawak boleh menjalankan tugas beliau untuk menentukan tarikh pilihan raya negeri.

"Penambahan 11 kerusi (DUN) baharu itu akan menjadikan keseluruhannya, 82 kerusi DUN yang akan dipertandingkan pada P-R-N Sarawak ke-11 nanti," katanya selepas menghadiri mesyuarat wanita Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Nancy yang juga Setiausaha Wanita BN Sarawak berkata sayap itu sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRN nanti.

Minggu lepas, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memaklumkan, bahawa beliau telah menetapkan tarikh bagi PRN ke-11.

Justeru, ia memberi petunjuk bahawa pilihan raya negeri itu berkemungkinan akan diadakan lebih awal, namun tarikhnya sebenar tidak dinyatakan

Mandat bagi Kerajaan Negeri Sarawak sekarang akan tamat 20 Jun 2016.
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 Ogos mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching membatalkan notis Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Sarawak.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Mahkamah Rayuan Hakim Mohd Zawawi Salleh berkata, rayuan SPR diterima selepas keterangan oleh ADUN DAP Batu Lintang See Chee How yang mewakili dirinya sendiri dan pengundi di Ulu Baram, Pauls Baya ditolak.

Najib minta penduduk Sarawak ambil langkah berjaga-jaga

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penduduk di Sarawak mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak masalah kesihatan susulan kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan di negeri itu.

"Ambil langkah berjaga-jaga dan kurangkan aktiviti luar bagi elak daripada masalah kesihatan," katanya dalam catatan di laman Twitternya.

Sehingga 7 malam ini, tiga kawasan di Sarawak iaitu Sri Aman, Samarahan dan Kuching mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Sri Aman merekodkan bacaan IPU 124; Samarahan (121) dan Kuching (113). 

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

14 Aug 2015

Penurunan kuasa kepada kerajaan negeri Sarawak disokong penuh - Nancy Shukri

SIMUNJAN: Penurunan kuasa kepada kerajaan negeri Sarawak ataupun jabatan-jabatan kerajaan negeri oleh Kerajaan Persekutuan disokong penuh dalam memastikan kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak untuk menetapkan sesuatu perkara dengan segera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata sesuatu kuasa itu memang telah termaktub dalam perlembagaan yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan yang sedia ada di mana sesuatu keputusan itu perlu diputuskan oleh jabatan induk dan ianya akan menyebabkan proses di peringkat negeri menjadi lambat.

"Saya menyokong apa yang dikatakan YAB Ketua Menteri dan juga YAB Perdana Menteri yang bersetuju supaya diadakan penurunan kuasa ini daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri... sebab ianya boleh membantu kerajaan negeri menjalankan tugas mereka secara cepat untuk meluluskan sesuatu," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis perasmian program hari terbuka National Blue Ocean Strategy (NBOS) My Kampung My Future di Kampung Gedong di sini, Jumaat.

Nancy berkata, jika ada pun kuasa di kerajaan pusat, mungkin ia hanya melibatkan kuasa penyaluran peruntukan di mana tugas pihak persekutuan akan dipermudahkan setelah diuruskan oleh jabatan-jabatan negeri seperti kuasa dalam penentuan peruntukan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.

"Kita ada juga agensi negeri yang menguruskan hal-hal kebajikan... biarlah Persekutuan menyerahkan tugasan itu kepada kebajikan negeri supaya ada standard dari segi jumlah kebajikan yang diberikan kepada pelanggannya," katanya.

Selain itu, beliau berkata banyak lagi penurunan kuasa yang hendak dilihat diberikan kepada Sarawak di mana buat masa ini perbincangan atau rundingan antara Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Mohamad Morshidi Abdul Ghani masih berjalan bagi mengelakkan pertindihan kuasa.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak sudah memulakan perbincangan untuk memberi lebih 'pemerkasaan' kepada beberapa jabatan kerajaan negeri dengan menurunkan kuasa jabatan-jabatan tertentu kerajaan pusat.

Katanya, banyak pertindihan kuasa boleh dielak dan banyak sumber yang boleh diselamatkan kalau kuasa antara jabatan-jabatan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak boleh diperkemaskan.

10 Jul 2015

Suntung Tutuk ( Sotong Tumbuk )

Kali ini aku nak share satu makanan yang cukup popular di Sarawak bila bulan Ramadhan itu Suntung Tutuk adalah makanan sampingan kiranya macam cemilan atau makanan santai.

Jika korang jalan-jalan di kawasan bandar Kuching terutama di pinggir-pinggir jalan di kawasan Perumahan dan Kampung-Kampung. korang dapat lihat sotong yang digantung. Harganya mengikut saiz sotong. Besar saiz sotong harga pun walla juga. Kalau bulan biasa korang memang tak jumpa sotong nie. 

Vedio ni korang lihat cara buat Suntung Tutok..


Bubur Pedas Sarawak

Bubur Pedas merupakan menu wajib ketika bulan puasa dan hanya boleh dinikmati di Sarawak. Bubur Pedas adalah campuran pelbagai jenis sayuran, daging/ayam/perut sapi/kulit sapi, santan,kacang dan paling penting adalah bumbu nya.

Bumbu Bubur Pedas
Bumbu bubur pedas ini diproses dengan cara pengeringan daripada campuran rempah dan beras. Bahan Bahan utama untuk membuat bumbu
1. Beras
2. Kunyit
3. Halia
4. Ketumbar
5. Cili

Kesedapan bubur pedas ini adalah bergantung kepada kualiti bumbu nya. Bagi saya yang minat dengan bubur pedas, saya lebih suka bumbu nya di proses secara tradisional.

Saya pernah terlihat bumbu bubur pedas yang dijual di pasaran halus macam tepung. Bagi saya bumbu seperti itu adalah tidak sesuai untuk dinamakan bumbu sesuai dinamakan tepung rempah. jadi macam tepung kari. Saya bukan hendak mengutuk sesetengah mereka terlebih Kreatif dan terover inovatif. hilang sudah keaslian bumbunya.

cara menyediakan bubur pedas :-




 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...