15 Aug 2015

M&A syarikat china ke Malaysia bernilai AS$830j hingga Julai

KUALA LUMPUR: Jumlah nilai penggabungan dan pengambilalihan (M&A) syarikat China ke Malaysia berjumlah AS$830 juta setakat Julai 2015, hampir empat kali ganda angka bagi keseluruhan 2014, demikian menurut HSBC Bank Malaysia Bhd.

"Setakat tahun ini, M&A China ke Malaysia menjadi yang paling sibuk mengikut rekod, baik dari segi jumlah dan perjanjian besar dengan sektor hartanah, produk pengguna dan runcit menjadi yang paling aktif," katanya dalam satu kenyataan.

M&A menjadi cara yang paling cepat untuk syarikat-syarikat China meneroka pasaran asing dan bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai manakala susut nilai mata wang asing berbanding renminbi menyediakan persekitaran yang baik untuk M&A.

Peningkatan pendapatan boleh guna pengguna China sebanyak 1.4 bilion juga mengisi minat pengambilalihan dalam sektor barangan pengguna dan riadah.


Perkembangan berkenaan dapat disaksikan dalam pelaburan China ke Malaysia, kata kenyataan itu lagi.

Perjanjian utama termasuk pembelian tanah Southern Crest Development Sdn Bhd oleh Greenland Holding Group di Plentong, Johor (AS$658 juta), pembelian hartanah Pearl Discovery Development Sdn Bhd (AS$89 juta) oleh Longcheer Holdings dan Parkson Retail Group membeli YeeHaw Best Practice Sdn Bhd dalam industri makan dan penginapan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...