18 Jul 2014

Koleksi Video Sepanjang Kejadian MH17





http://jobandcash.com/?share=66674

Rusia Menembak Jatuh Pesawat Malaysia Airline MH17 dari Amsterdam Ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014

Pihak Rusia di bawah pentadbiran Vladimir Putin telah menembak jatuh sebuah pesawat penumpang MH17 yang sedang dalam perjalanan dr Armsterdem ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014.

Vladimir Putin - President Rusia
Rusia dan Ukraine telah lama berbalah kerana keadaan politik mereka yang tidak aman. Mereka sering berperang.

MH17 yang membawa penumpang seramai 283 dan 15 anak kapal terbunuh dan dipercayai pesawat tersebut ditembak jatuh dikawasan Ukraine 40KM dr sempadan Rusia. berikut adalah warganegara penumpang pesawat MH17.


Belanda - 154 

Malaysia - 43 (termasuk 15 kru dan dua bayi)
Australia - 27
Indonesia - 12 (termasuk seorang bayi)
United Kingdom - 9
Jerman - 4
Belgium - 4
Filipina - 3
Kanada - 1
Belum dikenal pasti - 41



MH17 yang dijangka mendarat di Kuala Lumpur pada jam 610am hilang daripada radar.

Menurut saksi yang melihat kejadian mereka melihat sebuah pesawat di tembak menggunakan misil sebelum pesawat tersebut jatuh dan terbakar di timur Ukraine.

Pihak Ukraine menafikan bahawa mereka tidak menembak pesawat tersebut sebaliknya menuduh Rusia kerana pihak Rusia mempunyai peralatan perang yang canggih.


Pray For MH17-RIP

31 May 2014

Coklat Jenama Cadbury Disahkan Mengandungi DNA Khinzir



Coklat Cadbury yang berjenama antarabangsa di Malaysia telah didapati mengandungi kandungan DNA Khinzir.

berikut adalah berita mengenai coklat Jenama Cadbury

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Syarikat pengeluar produk berasaskan coklat, Cadbury Dairy Milk hari ini menarik balik dua produknya yang didakwa mengandungi DNA babi serta-merta.

Antara produk terbabit ialah Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Tindakan itu dibuat susulan daripada penemuan DNA babi (porcine) yang terdapat dalam produk Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Badam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam satu kenyataan hari ini, Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan menarik semula produknya dari pasaran dengan serta-merta.

Menurut kenyataan itu, tiada coklat Cadbury dipengaruhi oleh ujian tersebut.

Dalam pada itu, pihaknya sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipenuhi.

"Kami memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa coklat Cadbury yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah disahkan halal oleh Jakim termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk tersebut.

"Kami menggunakan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan bahawa produk kami mematuhi standard tertinggi kualiti dan keselamatan kami," katanya.

Pendedahan itu dibuat KKM dan mengesahkan bahawa dua dari tiga sampel Coklat Cadbury yang diambil telah diuji dan didapati positif porcine.


Sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...